Tuesday, August 24, 2010

They Blog – Gaji Minima

Interesting posting by Khairy Jamaludin

http://www.rembau.net.my/index.asp?doc=/news_list.asp&uid=1350

Pihak Pemuda BN, MTUC dan juga CEUPACS telah bersepakat untuk menggesa pihak Kerajaan untuk memperkenalkan perundangan gaji minima dalam masa yang terdekat dengan mengambil kira beberapa perkara:

[1] Isu gaji minima adalah suatu yang amat penting bagi seluruh golongan pekerja di Malaysia terutama bagi membantu mereka menangani kos sara hidup dan inflasi yang meningkat disamping memastikan bahawa kebajikan pekerja di negara ini terbela dengan kadar gaji yang setimpal.

[2] Gandingan Pemuda BN, MTUC dan CEUPACS juga berpendapat bahawa perlaksanaan dasar dan penetapan gaji minima merupakan salah satu instrumen penting bagi merealisikan impian Negara.

[3] Kami berpendapat bahawa sudah tiba masanya suatu dasar dan undang-undang digubal berhubung dengan gaji minima memandangkan amalan penetapan gaji melalui kuasa pasaran dilihat tidak berkesan bagi menjaga kebajikan pekerja.

[4] Sehubungan dengan itu, kami mendesak agar Kerajaan dapat menyegerakan perlaksanaan dasar gaji minima di negara ini.

[5] Adalah menjadi harapan kami agar perlaksanaan dasar gaji minima bukan sahaja dapat membantu membela kebajikan para pekerja di negara ini tetapi juga mampu menyumbang ke arah merekayasakan ekonomi negara ke arah daya saing dan produktiviti yang tinggi dan tidak lagi bersandarkan kepada kelebihan persaingan kos rendah, yang banyak didominasikan oleh penyertaan buruh-buruh asing.

No comments:

Post a Comment