Monday, August 23, 2010

They Blog – Pelan Selangor Blueprint bagi tempoh 2011-2013

Interesting posting by Dr. Dzulkefly Ahmad

http://drdzul.wordpress.com/2010/08/23/pelan-selangor-blueprint-bagi-tempoh-2011-2013/

Anda juga dapat memberi cadangan atas laman web Facebook, iaitu pada “Selangor Blueprint 2011-2013 Consultation Process.” Maklumat lanjutan boleh juga dibaca dari www.selangor.gov.my. Tiga teras utama adalah:
1. Pembangunan, Infrastuktur dan Dasar Ekonomi.
2. Tadbir Urus Baik dan Ketelusan; dan
3. Isu Sosial dan Pembangunan Masyarakat.

Antara persoalan yang dapat dijawab oleh tuan/puan untuk ketiga-tiga teras utama merangkumi aspek seperti:

Apakah isu/perkara memerlukan perhatian – jangka pendek & sederhana
Apakah bidang yang memerlukan kerjasama antara kerajaan pusat & negeri?
Perkara yang positif dan negatif berhubung tindakan kerajaan negeri.

Maklumat Lanjutan mengenai Selangor Blueprint 2011-2013

Mengapa?

Selangor Blueprint merupakan tinjauan prestasi Selangor peringkat pertengahan sejak Mac 2008. Di samping itu, Dasar Pakatan Rakyat (Common Policy Platform) yang sedia ada akan diterjemahkan daripada segi falsafah dan dasar ke peringkat negeri. Ini juga dapat membantu kerajaan negeri Selangor mengenalpasti dasar strategik yang perlu disemak semula dan untuk dilaksanakan dalam jangka masa pendek dan sederhana. Untuk jangka masa panjang, pembangunan ekonomi dan ekosistem ekonomi dapat juga dikenalpasti untuk negeri Selangor.

Sesi-sesi majlis dialog di seluruh negeri Selangor ini adalah pendekatan dari bawah ke atas berbanding dengan proses atas-bawah untuk mendapatkan maklumbalas daripada akar umbi rakyat dan pemimpin-pemimpin masyarakat. Masalah yang dihadapi oleh masyarakat dapat diambilkira, khususnya corak yang konsisten di seluruh negeri.

Apa?
Blueprint ini boleh dikatakan sebagai peta negeri Selangor, iaitu memberi kerajaan panduan laluan dan cara mencapainya. Pelan 3 Tahun ini diharap adalah strategik, holistik, mapan dan mengandungi perancangan yang boleh dicapai dalam rangka bidangkuasa kerajaan negeri.

Bila?

12 sesi dialog bermula dari 21 Ogos sehingga 6 September 2010. Jadual untuk sesi-sesi tersebut adalah seperti berikut:
BIL.PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)TARIKHMASA
1. Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ)
- Empire Hotel, Subang Jaya21 Ogos 2010 (Sabtu)9.00am – 12.00pm
2. Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)
- Dewan Banquet MBSA22 Ogos 2010 (Ahad)9.00am – 12.00pm
3. Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL)
- Dewan Sri Jugra (Dewan Orang Ramai) MDKL23 Ogos 2010 (Isnin)2.00pm – 6.00pm
4. Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS)
- Rumah Rehat Kerajaan KKB24 Ogos 2010 (Selasa)3.00pm – 7.00pm
5. Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB)
- Sabak Bernam Convention Center25 Ogos 2010 (Rabu)3.00pm – 7.00pm
6. Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS)
- Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Kuala Selangor26 Ogos 2010 (Khamis)3.00pm – 7.00pm
7. Majlis Perbandaran Sepang (MPSp)
- Pan Pacific Hotel, KLIA1 September 2010 (Rabu)9.00am – 12.00pm
8. Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ)
- De Palma Hotel Ampang2 September 2010 (Khamis)3.00pm – 7.00pm
9. Majlis Perbandaran Selayang (MPS)
- Belum ditentukan3 September 2010 (Jumaat)3.00pm – 7.00pm
10. Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)
- Dewan Bankuet(Sivil) MBPJ4 September 2010 (Sabtu)9.00am – 12.00pm
11. Majlis Perbandaran Klang (MPK)
- Klang Executive Club, Bukit Raja5 September 2010 (Ahad)9.00am – 12.00pm
12. Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)
- Grand Hall Pusat Latihan Aset KWSP6 September 2010 (Isnin)9.00am – 12.00pm

Kerajaan Negeri Selangor pada masa yang sama dalam proses berjumpa dengan pemimpin-pemimpin industri (syarikat pembangun, industri pembuatan dan perkhidmatan) dan pemimpin-pemimpin masyarakat lain (NGO-NGO, wakil akademik, persatuan agama dan sebagainya). Ini akan berlangsung pada bulan September.

Draf pertama Pelan dijangka akan disiapkan pada bulan Oktober, dan laporan akhirnya akan dibentang kepada Dewan Negeri Selangor pada November, dan diumumkan kepada orang awam pada bulan Disember 2010.
Urus tadbir yang baik adalah prinsip dan juga tindakan. Pelan Selangor Blueprint 2011-2013 beri peluang untuk menegaskan komitmen Pakatan Rakyat kepada rakyat melalui kerajaan negeri. Dengan dasar dan program strategik mengambil tempat, ia akan membantu kerajaan mengenalpasti kaedah cepat untuk menangani isu yang berbangkit.

Kami berharap bahawa idea-idea dan maklumbalas tentang isu yang dihadapi di setiap lokasi anda akan diberi kepada kami, bersama cadangan untuk isu-isu makro dan pada tahap negeri.

No comments:

Post a Comment